Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah & kurniaNya memberi aku peluang untuk menitipkan sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama. Dalam bingkisan ini, aku ingin berbicara tentang cinta.. cinta seorang hamba kepada Maha Pencipta.. tentang ketabahannya mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh kesabaran, penuh keredhaan.. Bingkisan dan nukilan ini khas buat sahabat yang disayangi kak Nurul Auni Wajihah dan suaminya Muhammad Rabani.. Bahkan bingkisan ini dpt memotivasikan diri aku dan sahabat2 yg lain, serta mengajar aku erti sebuah kehidupan yg diredhai...
dihari bahagia dua insan yang saling mencintai kerana ALLAH..
Buatmu yang bernama KAWAN, TEMAN & SAHABAT
Hidup ini adalah suatu perjuangan dan di dalam setiap perjuangan kita akan tempuhi rintangan. Dan halangan itulah yang dinamakan dugaan. Andai kecundang, airmata bukanlah penyelesaiannya. Bangunlah kerana kegagalan pertama tidak beerti kegagalan berikutnya. Kegagalan dalam kehidupan merupakan satu kenangan yang amat pahit. Namun disebalik kepahitan itu pasti ada kemanisan yang bakal menanti. Oleh itu. berusahalah untuk mencari kemanisan dicelah kepahitan. Kejayaan itu mudah diperolehi seandainya kita berusaha. Cinta juga mudah diperolehi seandainya kita memerlukannya. Tetapi ingatlah cita-cita mudah diperolehi seandainya kita tidak putus asa untuk terus berusaha. Ingatlah tiada kejayaan tanpa penderitaan dan keimanan pendinding dari kemungkaran.
Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan
kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yg menggembirakan, dan hilangkanlah
perasaan takut ini kpd ketenteraman.
Ya Allah, sejukkanlah gelora hati dgn salji
keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dgn air keimanan.
Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai
kenyamanan bg mata yg tdk dpt pejam. Berikan rasa damai bg jiwa-jiwa yg resah
ini suatu kedamaian, dan berikanlah dgn kemenangan yg nyata.
Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju
cahayaMu; bimbinglah kesesatan ini kea rah jalanMu, dan bimbinglah orang yg
tergelincir menuju petunjukMu.
Ya Allah, lenyapkanlah segala keraguan dgn
cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkanlah segala kebatilan yg bersarang di
dalam perasaan dgn secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan
dgn pertolongan bala tenteramu.
Ya Allah, hindarkan mereka dr segala kesedihan,
hilangkan kesengsaraan; dan jauhkanlah segala kegelisahan dari jiwa-jiwa
mereka.
~Kami berlindung kpdMu dr segala ketakutan,
kecuali hanya takut kpdMu. Kami berlindung & bertawakkal, hanya kpdMu. Kami
berlindung dr kepasrahan, kecuali hanya pasrah kpdMu. Kami meminta hanya kpdMu,
memohon pertolongan hanya kpdMu. Hanya Engkaulah sbg Pelindung kami, krn
Engkaulah sebaik-baik Pelindung & sebaik-baik Penolong.~