type="text/javascript"> type="text/javascript">

Sunday 11 May 2014

Mendamba Redha ILAHI


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah & kurniaNya memberi aku peluang untuk menitipkan sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama. Dalam bingkisan ini, aku ingin berbicara tentang cinta.. cinta seorang hamba kepada Maha Pencipta.. tentang ketabahannya mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh kesabaran, penuh keredhaan..  Bingkisan dan nukilan ini khas buat sahabat yang disayangi kak Nurul Auni Wajihah dan suaminya Muhammad Rabani.. Bahkan bingkisan ini dpt memotivasikan diri aku dan sahabat2 yg lain, serta mengajar aku erti sebuah kehidupan yg diredhai...




                     
 dihari bahagia dua insan yang saling mencintai kerana ALLAH..

 Buatmu yang bernama KAWAN, TEMAN & SAHABAT

        Hidup ini adalah suatu perjuangan       dan di dalam setiap perjuangan kita      akan tempuhi rintangan. Dan halangan      itulah yang dinamakan dugaan. Andai       kecundang, airmata bukanlah penyelesaiannya.      Bangunlah kerana kegagalan pertama       tidak beerti kegagalan berikutnya.      Kegagalan dalam kehidupan merupakan       satu kenangan yang amat pahit. Namun      disebalik kepahitan itu pasti ada kemanisan      yang bakal menanti. Oleh itu. berusahalah      untuk mencari kemanisan dicelah kepahitan.       Kejayaan itu mudah diperolehi seandainya      kita berusaha. Cinta juga mudah diperolehi      seandainya kita memerlukannya. Tetapi      ingatlah cita-cita mudah diperolehi seandainya      kita tidak putus asa untuk terus berusaha.     Ingatlah tiada kejayaan tanpa penderitaan    dan keimanan pendinding dari kemungkaran.


   





Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yg menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kpd ketenteraman.

Ya Allah, sejukkanlah gelora hati dgn salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dgn air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bg mata yg tdk dpt pejam. Berikan rasa damai bg jiwa-jiwa yg resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dgn kemenangan yg nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesatan ini kea rah jalanMu, dan bimbinglah orang yg tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, lenyapkanlah segala keraguan dgn cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkanlah segala kebatilan yg bersarang di dalam perasaan dgn secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dgn pertolongan bala tenteramu.

Ya Allah, hindarkan mereka dr segala kesedihan, hilangkan kesengsaraan; dan jauhkanlah segala kegelisahan dari jiwa-jiwa mereka.



~Kami berlindung kpdMu dr segala ketakutan, kecuali hanya takut kpdMu. Kami berlindung & bertawakkal, hanya kpdMu. Kami berlindung dr kepasrahan, kecuali hanya pasrah kpdMu. Kami meminta hanya kpdMu, memohon pertolongan hanya kpdMu. Hanya Engkaulah sbg Pelindung kami, krn Engkaulah sebaik-baik Pelindung & sebaik-baik Penolong.~   


       

No comments:

Post a Comment